Showing posts with label ubat jiwaku.... Show all posts
Showing posts with label ubat jiwaku.... Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

ya ALLAH

ya ALLAH...
maha suci Engkau ya ALLAH,tidak terkira pujian ku untukMu sebagaimana Engkau telah memuji diriMU...
wahai Tuhan Yang Memberi Kebaikan kepada makhluk tanpa terputus walaupun sedetik...
wahai Tuhan Yang sentiasa memberi nikmat yang tidak terkira selama-lamanya...
Engkau menguji diriku dengan kesedihan...
disamping itu Engkau kurniakan nikmat bermunajat kepadaMU...
kemudian Engkau luaskan dadaku dengan segala nikmatMU...
lalu Kau tunaikan hajatku dengan segala sifat KemuliaanMU...
يا أكرم الأكرمين
ya ALLAH...
aku lemasa dalam kenikmatanMU...
tidak pernah sedetik ku rasakan diriku dapat bernafas tanpa nikmatMu...
اللهم اجعلنى من الشاكرين واجعلنى من أهل خواصك يا الله

Saturday, May 31, 2008

jiwa yang faqir...

إلهى أنا الفقير فى غناى فكيف لا أكون فقيرا فى فقرى؟

tuhanku...
aku adalah insan yang faqir dalam di dalam kekayaanku...
maka...
bagaimana aku tidak faqir dalam kefaqiranku?...

meskipun aku memiliki sesuatu...
namun ia tidak mengubah aku...
hakikatnya aku sentiasa miskin perlu kepada Yang Maha Kaya...
apatah lagi jika aku benar dalam keadaan faqir...(itulah hakikatnya)

jika aku miskin dengan dunia...
itu hanya sementara...
tetapi...jika aku miskin di negeri akhirat...
sengsaralah aku selamanya...

wahai Tuhan Yang Maha Luas Rahmat...
rahmatilah aku di dunia dan di akhirat...
masukkanlah aku di kalangan mereka yang mendapat rahmatmu...
walaupun aku menyedari bahawa diri ini tidak layak untuk mengcapinya...
kerana kurangnya syukurku...
kerana buruknya adabku denganMU...
tetapi aku tahu Engkaulah Tuhan Yang Pengasih
Lagi Maha Penyayang...
Engkaulah Tuhan Yang Maha Kaya...

ya ALLAH...ya ALLAH...ya ALLAH...

aku faqir...