Maksud idgham(الإدغام) pada istilah:Menyebut dua huruf menjadi satu huruf seperti huruf kedua yang taysdid.
contoh:
قد دخلو (pada asalnya dua huruf tetapi disebut satu huruf sahaja)
:
قد تبين الرشد (pada asalnya dua huruf,tetapi disebut satu huruf
sahaja yaitu huruf yang kedua(ta))
Ia(الإدغام)terbahagi kepada dua bahagian: 1)الإدغام صغير الإدغام كبير(2
Perbicangan idgham kabir:Apabila berjumpa
dua huruf dalam tulisan mashaf,
kedua-duanya berbaris sama ada dalam
satu atau
dua kalimah.Huruf yang pertama disebut sebagai mudgham
(مدغم),huruf yang kedua disebut sbagai mudgham fih
(مدغم فيه)contoh متماثلان :ما سلكَََكَم ،لكَ كَيدا (kedua-dua kaf berbaris dalam satu kalimah dan dua kalimah)
contoh متجانسانالمساجدِ تِلك (huruf dal dan ta berbaris,kedua-duanya sama pada makhraj tadak pada sifat)
contoh متاربانيغفرُ لِمن يشاء (huruf ro dan lam berbaris,kedua-duanya berhampiran pada makhraj dan sifat)
- Jika berjumpa dalam tulisan mashaf dua huruf
yang berbaris kedua-duanya(مدغم فيه dan مدغم) samada dalam satu kalimah atau dua kalimah
yang sama tempat makhraj dan sifat(
متماثلان)
ataupun sama pada makhraj tetapi berbeza pada sifat(
متجانسان)
ataupun berhampiran pada makhraj atau sifat atau kedua-duanya(
متاربان)
maka Riwayat Hafs(رضى الله عنه)membacanya dengan izhar(إظهار)kecuali pada 2 tempat:
1) (سورة الكهف ( قال مكنى dibaca dengan di idghamkan huruf nun kedalam huruf nun. 2)(سورة يوسف (ما لك لا تأمنا dibaca dengan idgham nun kedalam nun dengan khilaf(harus memilih salah satu daripda wajah): 1)
الإشمام (idgham bersama dengan memuncungkan mulut sebagai isyarat baris hadapan disertai dengung)
2)
الروم (membaca satu pertiga daripada baris hadapan huruf nun bersama
dengan izhar)
keterangan:1)asal kalimah
مكنّى adalah
مكنَنِى,kedua-dua nun adalah berbaris, yang pertama berbaris atas, yang kedua berbaris bawah lalu di idghamkannya mejadi satu huruf.
2)asal kalimah
تأمنّا adalah
تأمنُنَا kedua-dua nun berbaris yang pertama berbaris hadapan,yang kedua berbaris atas lalu idghamkannya menjadi satu huruf.
masalah:termasuk juga dalam perbincangan ini(idgham kabir) dua huruf yang berjumpa pada tulisan tetapi tidak pada bacaan:
contoh:إنه هو (kedua-dua ha berjumpa dalam tulisan,tetapi terpisah pada bacaan kerana mad silah qasirah)
terkeluar daripada perbincangan apabila dua huruf sama ada متماثلا atau متجانسان atau متاربان yang tidak bertemu dalam tulisan:
contoh:أنا نذير(kedua-dua nun dipisahkan oleh alif,sekalipun berjumpa pada bacaan kerana alif tidak dibaca mad)
bab ini akan dibincang secara panjang lebar dalam manhaj Riwayat As-Susi(رضى الله عنه)
باب هاء الكناية
maksud ha kinayah( هاء الكناية)di kalangan ahli Qurra':Ha' dhomir( هاء الضمير) (ganti nama) yang di ibaratkan bagi sesuatu yang muzakkar mufrad(satu)yang ghaib.
maksud silah( الصلة):memanjang baris bawah menjadi ya' maddiah,memanjangkan baris hadapan menjadi wau maddiah.Ia datang ketika sambung( الوصل)dan dibuang ketika waqaf(الوقف)
ketahuilah wahai sahabatku bahawa ha kinayah itu datang di dalam empat keaadaan:1)Ia(ha kinayah)terletak di antara dua huruf mati:contoh:
وءاتيناه الإنجيل (sebelum ha kinayah terdapat huruf mati(alif),dan selepasnya juga terdapat huruf mati(lam)
2)Ia terletak sebelum huruf mati,dan sebelumnya(ha kinayah) huruf berbaris:contoh:
له الحمد (sebelumnya terdapat huruf berbaris(lam)dan selepasnya terdapat huruf yang sukun(lam))
kedua-dua bahagian ini tiada perbezaan di kalangan ahli qurra',iaitu dibaca dengan
tanpa silahعدم الصلة)
3)Ia terletak diantara dua huruf yang berbaris.contoh:
إنه هو(sebelumnya berbaris(nun)dan selepasnya juga berbaris(wau)
4)sebelumnya(ha kinayah) huruf mati dan selepasnya huruf berbariscontoh:
فيه هدى (sebelumnya huruf sukun(ya),selepasnya berbaris(ha')
dua bahagian ini
menjadi perbezaan di kalangan ahli Qurra'
- jika ha' kinayah yang terletak diantara dua huruf yang berbaris(bahagian ke 3) maka Riwayat Hafs membacanya dengan silah(الصلة)baris ha' tersebut,kecuali pada 4 tempat:
1) (أرجه وأخاه ( الأعراق 111 الشعراء 36
2) (فألقه إليهم ( النمل 28
kedua-duanya dibaca dengan dimatikan huruf ha'(selepas huruf jim dan qaf).
3)
ويتقه)النور 52 ) dibaca dengan tanpa silah pada huruf ha,dan di matikan huruf qaf
4)
يرضَه لَكم) الزمر 7 )dibaca dengan tanpa silah pada dhommah huruf ha'.
- jika ha kinayah yang terletak sebelum huruf berbaris,dan sebelumnya(ha' kinayah) huruf mati(bahagian ke 4)maka Riwayat Hafs membaca dengan tanpa silah pada baris ha' tersebut,kecuali pada satu tempat:
1)
(فيهِ مهانا (الفرقان 69 dibaca dengan silah ha tersebut.
faedah:asal baris ha' kinayah adalah dhommah
contoh:إنهُ هو,
kecuali apabila terletak sebelumnya(ha' kinayah)huruf yang kasrah(baris bawah) atau
ya' sakinah(mati)
contoh:فيهِ هدى
tetapi Riwayat Hafs telah membaca 2 tempat yang terkeluar daripada kaedah tersebut:
kedua-duanya dibaca dengan dhommah huruf ha' tanpa silah.
bersambung...
إن شاء الله