Saturday, May 31, 2008

jiwa yang faqir...

إلهى أنا الفقير فى غناى فكيف لا أكون فقيرا فى فقرى؟

tuhanku...
aku adalah insan yang faqir dalam di dalam kekayaanku...
maka...
bagaimana aku tidak faqir dalam kefaqiranku?...

meskipun aku memiliki sesuatu...
namun ia tidak mengubah aku...
hakikatnya aku sentiasa miskin perlu kepada Yang Maha Kaya...
apatah lagi jika aku benar dalam keadaan faqir...(itulah hakikatnya)

jika aku miskin dengan dunia...
itu hanya sementara...
tetapi...jika aku miskin di negeri akhirat...
sengsaralah aku selamanya...

wahai Tuhan Yang Maha Luas Rahmat...
rahmatilah aku di dunia dan di akhirat...
masukkanlah aku di kalangan mereka yang mendapat rahmatmu...
walaupun aku menyedari bahawa diri ini tidak layak untuk mengcapinya...
kerana kurangnya syukurku...
kerana buruknya adabku denganMU...
tetapi aku tahu Engkaulah Tuhan Yang Pengasih
Lagi Maha Penyayang...
Engkaulah Tuhan Yang Maha Kaya...

ya ALLAH...ya ALLAH...ya ALLAH...

aku faqir...

No comments: